"Saya berusia 19 tahun dan jatuh cinta dengan bapa saudara saya"“Saya
Akan Bersetubuh DenganNYA Setiap Kali Isterinya Keluar Berkerja”..Pada
Suatu hari,apabila kami bersetubuh saya terkejut apabila....
Saya
berusia 19 tahun dan jatuh cinta dengan bapa saudara saya. Dia juga
menyintai saya. Bapa saudara berumur 50 tahun tetapi kelihatan kacak
pada kaca mata saya. Dia adalah suami kepada ibu saudara saya. Setahu
saya, dia boleh berkahwin dengan saya selepas ibu saudara saya meninggal
dunia.
Masalahnya
ibu saudara saya masih hidup. Bapa selalu membawa saya menziarahinya
dan setiap kali bertemu, dia akan mencium pipi saya sejak kecil hingga
sekarang.
Saya pun rasa senang dan sangat sayang padanya apabila bertemu. Selesai menduduki SPM, saya tinggal bersamanya.
Sejak empat bulan lalu dia diberhentikan kerja, hingga sekarang berada di rumah tinggal bersama saya saja.
Isterinya bekerja dan semua anak mereka bekerja. Kami meluangkan masa tinggal bersama di siang hari.
Secara tidak sedar, perasaan kasih dan sayang bertukar menjadi cinta. Hinggalah terjadi sesuatu dalam kehidupan saya.
Kami melakukan persetubuhan hingga beberapa kali. Sekarang saya menyesal dan jiwa saya tidak tenteram.
Saya
keliru dan tidak tahu apa patut saya lakukan. Saya sangat berat
meninggalkan rumahnya untuk pulang ke rumah ibu bapa saya kerana saya
sangat menyayanginya.
Layanannya dan baik pekerti serta budi bahasanya membuatkan saya tak mahu melepaskannya.
RINA, Melaka
KeampunanMu
kami pohon, Ya Allah, semoga saudari dirahmati Allah SWT. Masalah yang
saudari hadapi bukan masalah cinta, sayang menyayangi, layanan mesra
atau ingin berkahwin dengan bapa saudara yang diharamkan oleh agama.
Jauh daripada itu saudari sudah terlanjur dalam melayan nafsu dan batasan pergaulan dalam Islam.
Jauhilah
lelaki itu dengan segera. Allah SWT menciptakan nafsu sebagai cabaran
untuk manusia untuk mendapatkan syurga yang kekal abadi.
Nafsu
hendaklah dikawal, bukan nafsu yang mengawal manusia. Ikutlah apa yang
diperintahkan oleh Pencipta Manusia dan alam ini kerana ganjarannya
sangat hebat.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud:
“Tidak
boleh dikahwini seorang perempuan yang dihimpunkan dengan emak saudara
sebelah bapa dan tidak boleh antara emak saudara sebelah bapa dengan
anak perempuan saudara lelakinya dan tidak boleh dikahwini seorang
perempuan dihimpun dengan emak saudaranya sebelah ibu begitu juga di
antara emak saudara sebelah ibu dan anak perempuan dari saudara
perempuan, tidak yang besar dengan yang kecil dan tidak yang kecil
dengan yang besar.” (Hadis Riwayat At-Tarmidzi)
Tumpukan perhatian pada dosa yang saudari lakukan. Bertaubatlah dan kembalilah segera kepada Allah SWT. Mohon keampunan-Nya.
Cari
segera mereka yang boleh berkongsi masalah ini dan selesaikannya dengan
segera, khuatir tiada lagi rasa bersalah dalam melakukan maksiat kepada
Allah SWT.
Saudari
seharusnya kuat dengan azam yang baharu, semangat kental dan keinginan
yang kuat menjauhi maksiat dengan taubat nasuha yang benar-benar tulus
ikhlas semata-mata mencari reda Allah SWT.
Hadirilah majlis ilmu untuk menambah kefahaman saudari mengenai Islam, memperbaiki akhlak dan mendekatkan diri dengan Allah SWT.
Ingatlah
manusia tidak semata-mata hidup di dunia saja, malah akan dibangkitkan
di akhirat dan dihisab segala amalan baik dan buruk.
Jika
amalan baik maka masuklah ke dalam syurga dan kekallah di dalamnya
selama-lamanya, jika buruk amalannya dicampak ke dalam neraka dan kekal
pula di dalamnya untuk selama-lamanya.
Gambar sekadar hiasan.
Sumber: theviralmalaya
loading...