loading...

Isteri Tergamak Berzina Dengan Rakan Lama Selepas Pertemuan Reunion Yang Di Aturkan Melalui Group WhatsApp!! Inilah Bahana Dan Bahaya Group WhatsApp Kawan-Kawan Lama Dan Reunion! Mohon Pantau! Bukan Menyibuk Tapi Nak Elak Dari Maksiat Berlaku! Mohon Sebarkan !


“Angkara majlis pertemuan semula, rumah tangga kami musnah apabila cinta monyet isteri dengan rakan sekolah kembali berputik sehingga terjerumus ke lembah zina,” kata seorang suami, Zamri (bukan nama sebenar), 47, selepas isterinya ditangkap khalwat bersama bekas rakan sekolah di sebuah hotel di Jalan Chow Kit, kelmarin.
Dalam kejadian jam 12.45 tengah malam itu, hati Zamri hancur selepas dimaklumkan polis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) isterinya yang berusia 52 tahun ditangkap khalwat bersama lelaki yang juga bapa kepada 6 orang anak.
Zamri tidak menyangka tindakan ibu kepada 4 anak dan 2 cucunya itu terbabit membuat permohonan cerai sebelum ini hanya kerana mahu bersama dengan lelaki yang dipercayai bekas kekasihnya ketika di bangku sekolah dulu.
Perubahan sikap isterinya itu mula disedari selepas dia menghadiri majlis pertemuan semula yang diadakan bagi mengumpulkan rakan sekolahnya di Setapak, Rampai, pada September tahun lalu.
“Pada tahun sama, saya turut diberhentikan kerja dan hanya melakukan kerja sambilan bagi mencari nafkah. Saya tidak menafikan isteri yang bekerja sebagai penjawat awam banyak menampung keperluan keluarga ketika itu, tetapi hidup kami tidak melarat.
“Namun selepas majlis itu, sikapnya mula berubah. Dia mula bersikap dingin, kerap merungut serta balik lewat. Apabila ditegur., dia merajuk dan membawa anak pergi tidur di kediaman