loading...

Jenis² Teknik Poisi Yg Diyakini Terbukti Mmpu Membantu Lelaki Tahan Lbh Lama Menurut Kajian Saintifik


TEKNIK-TEKNIK DALAM HUBUNGAN SEKS SUAMI ISTERI.

Antara teknik-teknik yang boleh diamalkan ialah:-

1- BERSETUBUH DALAM PELBAGAI POSISI
Pelbagai posisi persetubuhan seperti isteri diatas, sambil mengiring, sambil duduk, sambil berdiri, dari arah belakang mencangkung atau menonggeng (mat saleh kata doggy , ini la dia kot) , atas kerusi, dan sebagainya.Semuanya tu adalah sekadar untuk menukar selera sekali sekala dan bukan untuk dijadikan sebagai tabiat kerana kemungkinan semua teknik tadi tidak mendatangkan keselesaan pada isteri (bergantung pada bentuk tubuh isteri). Oleh itu posisi normal suami diatas dan isteri dibawah adalah digalakkan.

Dalam kitab At Tibun Nabawi ada menyebut bahawa dalam banyak posisi-posisi persetubuhan, suami di atas dan isteri di bawah adalah paling ideal dan paling baik dari segala posisi yang ada. Sementara posisi suami di bawah isteri diatas adalah sangat merbahaya, ini kerana jika inzal, mani suami tidak habis keluar dan cecair yang ada dalam liang rahim isteri mudah mengalir atau menyerap masuk ke lubang kencing suami dan ini merbahaya kerana mudah mendedahkan dan memudahkan jangkitan kuman-kuman yang ada.

Namum tambah kitab itu lagi, posisi itu tidaklah terbatas kerana terdapat hadis riwayat Imam Muslim bahawasanya Rasulullah bersabda, maksudnya:

” Apabila seseorang itu berjimak, boleh saja ia bertelungkup (suami di atas, isteri di bawah) atau tidak bertelungkup. Apa yang utamanya ialah memasukkan zakarnya pada qubul (kemaluan) isteri dan tidak pada lubang duburnya. Kerana pada qubul dapat menghidupkan benih dan menghasilkan anak. ”

Hadis diatas menjelaskan , bahawa tidak salah bersetubuh dalam pelbagai posisi kerana yang utamanya ialah perlaksanaanya tepat, pada farajnya dan matlamatnya ialah untuk menghasilkan anak.

2- PETUA MENCAPAI KENIKMATAN JIMAK
Sementara orang tua-tua dulu memberi panduan asas persetubuhan ialah hendaklah dilakukan dengan 2 cara:-

1. Hendaklah dengan 7 anggota (bagi pihak suami). Dua siku, dua lutut dan dua hujung jari kaki hendaklah menyentuh bumi atau lantai dan 1 kemaluan bertemu dalam kemaluan isteri.

2. Hendaklah dada sama dada, pusat sama pusat, perut sama perut, dan wajah sama wajah suami ister bertemu rapat.

Selain dari cara diatas, kemungkinan tidak mendatangkan nikmat yang sempurna kepada pasangan. Mungkin pihak suami yang tidak puas atau isteri yang tidak puas. Sedangkan tujuan bersetubuh adalah untuk sama sama merasa nikmat.

3. KERJASAMA SUAMI ISTERI
Sebenarnya kerjasama antara suami isteri memainkan peranan penting untuk mencapai kepuasan seks. Tidak kira walapun posisi mana sekalipun, kalau tanpa kerjasama antara kedua dua belah pihak semasa bersetubuh, kenikmatan tidak akan dapat dirasai semaksimum mungkin . Oleh itu pertimbangan dan kreativiti pasangan dalam memberi kan kerjasama sangat diperlukan.