Beberapa
dekad yang dahulu, insiden sebegini pastinya dianggap sebagai cerita
dongeng yang direka-reka bagi dijadikan bahan untuk berjenaka.
Namun, kini, kes keganasan wanita ke atas lelaki kian menjadi-jadi.
Terbaru,
paling mendapat perhatian dunia apabila ramai lelaki di Afrika yang
menjadi mangsa rogol wanita di sana yang mengakibatkan ramai lelaki
berada dalam keadaan trauma.
Mungkin ini kisah pelik dan lawak bagi kita rakyat Malaysia, namun, kejadian sebegini tidaklah mustahil untuk berlaku di sini.
Oleh
yang demikian, berikut ialah tips penting yang boleh digunapakai untuk
menyelamatkan diri dari wanita gelojoh bernafsu buas.
Memetik laporan berita beberapa bulan yang lepas :
Seorang
lelaki di sini ditimpa malang apabila dipaksa melakukan hubungan seks
dengan tiga wanita semata-mata kerana mereka mahu mendapatkan spermanya.
Lelaki diculik dan “dirogol” oleh tiga wanita untuk dapatkan sperma
Pihak
polis berkata, ketiga-tiga wanita yang dikatakan sebagai ‘pengumpul
sperma’ itu kini giat melakukan perbuatan berkenaan di sekitar bandar
Bulawayo, Zimbabwe.
Menurut
laporan, mereka telah menculik sebelum merogol seorang lelaki ketika
mangsa menunggu di tepi sebuah lebuh raya di Avenue 6, di bandar ini.
“Mangsa
yang mahu ke Taman Cowdray sebelum itu mahu menumpang kereta mereka,
namun malangnya dia dibawa ke tempat lain,” kata jurucakap Jabatan Polis
Bulawayo, Precious Simango.
Menurutnya, mereka membawa mangsa ke sebuah kawasan terpencil sebelum bertindak merogolnya secara bergilir-gilir.
“Salah
seorang wanita itu menggunakan kondom, manakala yang lain melakukan
perbuatan itu tanpa sebarang perlindungan. Mereka kemudian meninggalkan
mangsa di sebatang jalan raya,” katanya.
Kes
melibatkan golongan wanita merogol lelaki untuk mendapatkan sperma di
negara berkenaan bukan perkara baharu kerana berlaku sejak tahun 2011.
Pihak
berkuasa percaya sperma itu akan digunakan dalam amalan sihir yang
dikenali sebagai ‘juju’ atau upacara membawa tuah. Juju dipercayai boleh
mendatangkan kekayaan, melariskan perniagaan dan mengelak penjenayah
daripada dikesan.